| Manual Rawatan Gamat Terapi
: Anaemia |
|
Anaemia adalah sejenis keadaan di mana badan kita
kekurangan sel darah merah. Ini jangan dikelirukan dengan tekanan
darah rendah atau hipotensi. Kebiasaannya di klinik keadaan ini
akan diukur dengan melihat kandungan Hb (hemoglobin) untuk menentukan
tahap kandungan darah seseorang. Antara tanda seorang itu mengidap
anemia ialah pucat (lihat di bawah kelopak mata), keletihan, kurang
selera makan, sakit kepala, jantung berdebar dan sesak nafas. Kebiasaannya
anemia di sebabkan oleh pendarahan spt ulser perut, buasir, haid
yang terlalu banyak dan panjang tempohnya dan kecederaan. Manakala
sebab yang lain ialah kekurangan zat pemakanan (terutamanya orang
berumur yang memakan makanan tidak seimbang dan masalah parasit/cacing
dalam usus), sakit buah pinggang kronik, kanser, sakit hati, masalah
thyroid dan sebab-sebab yang jarang berlaku spt kegagalan sum sum
tulang, thalasemia, sideroblastic anemia dll.
Pemeriksaan lengkap oleh doktor perlulah dilakukan
untuk mengenalpasti punca anemia itu sebenarnya dan untuk mendapat
rawatan. Dari sudut alternatif juga perlu melihat punca anemia yang
mana spt ulser atau buasir boleh lah di syorkan rawatan yang berkenaan
(rujuk topik berkenaan). Manakala secara amnya bolehlah di syorkan
pemakanan kesihatan yang mengandungi kandungan zat besi, asid folik
dan vitamin B12 untuk membantu pembinaan sel darah merah. C3 spirulina
dapat membantu memandangkan ia kaya dengan nutrien yang diperlukan
untuk pembinaan sel darah merah disamping klorofil yang turut mempunyai
struktur molekul menyamai hemoglobin. Gamat juga menguatkan lagi
pembinaan darah di sebabkan oleh potensi faktor penumbuhan sel dan
kandungan nutriennya. Kesan gamat melancarkan pengaliran darah boleh
membantu mengatasi simtom anemia.
DISYORKAN
- C3 Spirulina
1 hingga 2 sudu besar 2 kali sehari
(1 atau 2 sudu besar dibancuh dengan segelas
air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
- Pati Gamat Plus
Vita 1 sudu besar 2 kali sehari - Elok dimakan 1/2 jam
selepas Bioseed
(Peringatan: Jika anda ada alahan
pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
- Bioseed
(Bioseed - Makan 1/2 jam sebelum makan dan
minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed
boleh bertindak dengan baik)
|
|
KESAN PEMULIHAN |
|
PERSOALAN
& KEMUSYKILAN MENGGUNAKAN PRODUK |
|
| |
|