|
Hormon
tumbesaran (HGH) merupakan sejenis hormon yang Kompleks terdiri
daripada 191 asid amino yang yang dihasilkan di kelenjar pituitary
anterior dalam dalam otak manusia. Dikenali juga sebagai somatotrofin,
ia dirembes dalam bentuk denyutan ketika kita tidur. Sebaik sahaja
berada di dalam aliran darah, ia akan diproses di hati menjadi insulin
Growth Factor type 1 (IGF 1), sejenis metabolit yang kuat untuk
merangsang tumbesaran.
Namun begitu,setiap hari pengeluaran HGH semakin berkurangan dengan
kadar 14 peratus sedekad.Hinggakan apabila berumur 60 tahun,kadar
HGH yang dihasilkan Cuma 25 peratus berbanding dengan yang dirembeskan
ketika berumur 20 tahun.
Penurunan hormone yang juga dikenali sebagai somotopause berkadar
terus dengan kebanyakan symptom penuaan termasuk kedutan kulit,rambut
beruban,tenaga dan prestasi seksual menurun,penambahan lemak badan,penyakit
kardiovaskular,osteoporosis dan banyak lagi. Ini memberi tamparan
hebat terutamanya kepada kaum wanita. Jika dahulu suntikan merupakan
kaedah yang sering digunakan bagi meningkatkan semula HGH. Selain
melibatkan kos yang tinggi, ia juga membawa kesan sampingan jika
melebihi dos. Kini kaedah terbaru yang lebih selamat dan berkesan
diperkenalkan. Menerusi Bio-H yang diperbuat daripada bahan semula
jadi dan telah banyak diuji keberkesanannya, penghasilan HGH dapat
ditingkatkan.
MANFAAT DAN FUNGSI BIO-H
Dirumus dan diformulasikan menurut kajian saintifik dan klinikal
yang menyeluruh oleh pakar saintisyang berbibawa, Bio-H merupakan
ramuan asid amino dan zat pemakanan yang telah dibukti mampu menaikkan
penghasilan HGH dan IGF-1 didalam badan secara semula jadi. Kandungan
utama di dalam Bio-H terdiri daripada kolostrum,prekusor asid amino,ekstrak
gamat,antioksidan,fosfolipid dan niacin.
Sebagai agen yang merangsang perembesan HGH,ia menggerakan
kelenjar pituitary untuk menghasilkan semula HGH yang semakin surut
pengeluarannya dengan usia. Ia bertindak merangsang keupayaan badan
untuk menghasikan HGH pada tahap yang optimum seperti Zaman remaja.
HGH berfungsi sebagai agen untuk melangsingkan tubuh, mengawal
kegemukan, menguatkan struktur tulang, melegakan stress, memulihkan
tenaga,memberi tidur yang nyenyak, menajamkan penglihatan, mengundurkan
pengecutan otak dan organ lain, meremajakan kulit serta meningkatkan
keupayaan seks, terang Pengasas Gamat eMas Sdn.Bhd.,Dr Syid
Ayob Syid Mustafa Al-Qudri.
Menurut Dr.Syid, HGH juga bertindak bagi menguatkan sistem immun,
regenerasi saraf, memulihkan fungsi paru-paru dan membantu jantung,
membantu pesakit AIDS, memulihkan tenaga orang tua, membantu pesakit
kencing manis, mempercepatkan peyembuhan luka dan pertumbuhan rambut.
Bagi mendapatkan khasiat yang terbaik,pastikan anda meminum
Bio-H ketika perut kosong,minum dengan air pada suhu bilik sebanyak
125 mililiter,ketika pertengahan atau lewat pagi atau lewat tengah
hari atau awal pagi,sejam sebelum bersenam, sebelum tidur dan mengikut
dos yang dicadangkan,tambahnya
Selain mengamalkan Bio-H,anda perlu mengekalkan berat badan optimum,melakukan
senaman harian secara sederhana tetapi bersungguh,pilih pemakanan
dan makan pada waktu yang betul serta tidur yang secukupnya. Hal
ini juga dapat membantu meningkatkan lagi penghasilan HGH an IGF-1.
|