|
Gemuk atau obesiti boleh memberi pelbagai kesan,
terutamanya darisegi ketampilan diri dan juga penyakit contohnya
darah tinggi, kencing manis, jantung, masalah sendi/athritis, sukar
mendapat anak, batu karang hempedu dll. Penjagaan pemakanan dan
senaman memainkan peranan penting untuk menguruskan badan.
Gamat meningkatkan metabolisme badan dan dapat
membakar lemak. Plantago ovata pula boleh mengurangkan kolesterol
dalam darah di samping membuang lemak di dalam usus (tanpa menyebabkan
cirit-birit). Phenylalanine di dalam C3 Spirulina pula boleh membantu
mengurangkan selera sementara spirulina membekalkan nutriens seimbang
yang diperlukan badan apabila menjalani proses diet. Di samping
itu, mengimbangkan paras HGH di dalam darah juga membantu mengelakkan
dari proses pengumpulan lemak secara semulajadi di bahagian tertentu
badan apabila usia meningkat.
GESB menyediakan produk khusus bagi mereka yg ingin
melangsingkan badan dengan cara yg sihat. Beautreme ialah sejenis
pemakanan bernutrisi yang diformulasikan khusus mengandungi kandungan
semulajadi iaitu ekstrak Phaseolus vulgaris, CLA (Conjugated Linoleic
Acid), L-Carnitine, Garcinia cambogia, Lesitin, Protein soya, Isolate,
Protein Whey Hyrolysate, Oat, vitamin A, B1, B2, B3, B6, B12, C,
E, D, Biotin, Asid folik, Kuprum, Kromium, Magnesium, Kalsium, Selenium,
Potassium dan Zink sebagai bahan aktif. Kombinasi bahan semulajadi
ini membuatkan agar badan membakar lemak secara berkesan, mengurangkan
penyimpanan lemak dan juga mengurangkan selera makan. Ia juga diperkayakan
dengan serat yang merangsang pergerakan usus untuk mengeluarkan
bahan sampingan pembakaran lemak dengan lebih efektif. Kandungan
multivitamin dan garam galian pula melengkapkan keperluan badan
bagi zat-zat yang diperlukan bagi kesihatan badan yang sempurna.
Bioseed 1 paket 3 kali sehari. Diambil 1 paket
pagi setengah jam sebelum makan pagi. Amalkan buahan atau serat
(seperti cornflakes atau oats) sebagai sarapan. Minum 2 gelas air
kosong. 1 paket lagi setengah jam sebelum makan tengahari. Amalkan
memakan sayuran dan ikan sebagai makan tengahari (jika lapar). Anda
akan terasa kekenyangan selepas memakan Bioseed. Elakkan dari memakan
karbohidrat dan lemak. Lakukan senaman pada waktu petang sekurang-kurangnya
30 minit sehari. 1 paket terakhir diambil setengah jam sebelum makan
malam. Amalkan diet seperti makan tengah hari tadi. Minum air secukupnya
(sekurang-kurang 8 gelas sehari). Elakkan dari sebarang minuman
manis, berperisa atau bertin. Lebihkan serat dan elakkan dari makanan
berlemak (telur, minyak, santan, daging terutamanya kambing, kuih
muih/kek/cokelat dan aiskrim).
DISYORKAN :
- Beautreme
1 paket diambil 5 minit sebelum makan tengahari dan malam. Gunakan
sekurang-kurangnya 2 paket sehari. Seandainya pada peringkat awal
mengamalkan produk ini dan anda masih berasa lapar, anda boleh
juga mengambil 1-2 paket Beautreme diantara waktu malam. Sila
rujuk buku manual Beautreme bagi kaedah pelangsingan badan yang
lengkap
- Bioseed
1 paket 3 kali sehari
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam
dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya
Bioseed boleh bertindak dengan baik)
- Bio-H
1-2 paket sebelum tidur (untuk dapatkan kesan optima) dalam
keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
(Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air
mineral suhu bilik atau air soya sejuk)
- C3 Spirulina
1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air
kosong bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
- Linesse
disapukan pada bahagian tubuh yang berlemak untuk mendapatkan
bentuk badan yang dikehendaki
|