gamatemas.com

produk gamatemas YANG DIPERCAYAI. kami yakin akan keberkesanan produknya.

pengiktirafan

Produk Diiktiraf oleh
JAKIM & KMM

hubungi kami



012-2366551
03-79582578 
Operasi pembelian online adalah 24jam. Masa Telefon 10am - 7pm sahaja. Selepas 7pm kami hanya akan terima  SMS/WHATSAPP saja.
Harap maklum.

JEMPUT RAKAN!

Adakah anda rasa maklumat di website ini boleh membantu rakan anda? Mengapa tidak jemput mereka untuk melihatnya sendiri. Klik butang dibawah untuk menjemput mereka.

 

SEMAK POSLAJU


PROMOSI DAFTAR AHLI

DAFTAR AHLI PROMOSI RM58 SAHAJA SEUMUR HIDUP

KAJIAN & PENYELIDIKAN

Konsultan syarikat pengeluar produk kesihatan Gamat Emas Sdn Bhd,Prof. Dr. Hj. Ridzwan bin Hashim yang kini berkhidmat sebagai Profesor di Jabatan Bioperubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan Pahang merupakan Pakar Penyelidik Mentimun Laut yang terulung di Malaysia. Sebagai seorang pelopor penyelidikan Mentimun Laut, beliau sentiasa menjalankan kajian dan penyelidikan terkini dan berterusan dalam mengenengahkan potensi Gamat sebagai agen terapeutik bagi membantu pelbagai permasalahan kesihatan. Sungguh membanggakan, nama beliau pernah tercatat di dalam ‘The Malaysia Book of Records New Millennium 2000’ sebagai penternak Mentimun Laut pertama di dalam sangkar di Malaysia.

Hasil kajian beliau dan rakan penyelidik berjaya menyerlahkan potensi gamat dalam mambantu:

  • Mencegah darah beku dan sumbatan salur darah sekaligus mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.
  • Mengembangkan saluran darah seterusnya dapat menolong menstabilkan tekanan darah serta melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh. 
  • Mengatasi masalah alahan seperti resdung, ruam serta lelah 
  • Mengurangkan rasa sakit atau penahan sakit (anti-nosiseptif) 
  • Kandungan bahan aktif seperti asid amino, asid lemak perlu, vitamin, mineral, kolagen malah glukosaminoglikan didapati membantu mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalama 
  • Mencantikkan kulit dan awet muda 
  • Perlindungan antioksidan 
  • Menguatkan sistem pertahanan badan terhadap jangkitan kuman 
  • Mengurangkan inflamasi, keradangan serta menyurutkan bengkak 
  • Menguatkan sendi, ligamen dan otot 
  • Meningkatkan metabolisma dan membekalkan tenaga kepada tubuh badan 
  • Mengawal paras gula darah 
  • Merawat jangkitan kulat/ fungus seperti panau dan kurap 

Gamat dari genus Stichopus adalah merupakan famili Mentimun Laut. Antara genus Mentimun Laut lainnya adalah seperti Holothuria,BohadschiaActinopygaRhizophoraCarapa, dan banyak lagi. Di perairan Malaysia terdapat 9 spesies Gamat (genus Stichopus). Dan spesies Gamat Stichopus horrens Selenka (dahulunya dikenalpasti dengan Stichopus hermanii) atau nama jolokan “Gamat Emas” merupakan antara spesies terbaik Gamat yang telah dibuktikan mempunyai faedah terhadap kesihatan yang begitu luas sepertimana yang disebutkan diatas.

Memandangkan pengunaan Gamat terlalu meluas dalam masyarakat dahulu mahupun sekarang, tambahan pula kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan membuktikan bahawa Gamat bukanlah suatu khazanah alam yang patut kita abaikan sebaliknya harus dihargai dan dikomersialkan sebagai suatu anugerah yang tidak ternilai. Maka dengan itu, Gamat Emas Sdn Bhd sentiasa berusaha mengembangkan rangkaian produk-produk berasaskan ekstrak Stichopus horrens Selenka untuk kegunaan harian sama ada bagi tujuan kesihatan, kecantikan mahupun kecergasan.

Prof Dr. Ridzwan Hashim

Profesor Dr. Haji Ridzwan Haji Hashim P.M.K dilahirkan pada 3 Mei 1951 di Nipah Bachok, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan dan seterusnya melanjutkan pengajian di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak pada tahun 1969 dan di peringkat Diploma dalam bidang Pertanian dari Kolej Pertanian Malaya, Serdang pada tahun 1969. Beliau memperoleh Ijazah Pertama dari Louisiana State University pada tahun 1974 dan seterusnya Ijazah Sarjana dari University of Arkansas, USA (1975-1976) dan kembali berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kemudian beliau meneruskan pengajian dalam bidang Fisiologi dan Farmakologi di Universiti Of Strathclyde dan dianugerahkan Doktor Falsafah di universiti yang sama pada tahun 1982. Namun, sumbangan beliau yang paling penting serta penuh bermakna kepada rakyat Malaysia dan pembangunan ekonomi negara ialah di dalam penyelidikan tentang Timun Laut dan Gamat yang telah bermula seawal tahun 1983. Penemuan Gamat Emas (Stichopus hermanii) iaitu antara spesies terbaik gamat adalah salah satu penemuan penting yang pernah dikemukakan oleh beliau sepanjang penyelidikan tersebut.

Prof. Dr. Ridzwan Hashim kini bertugas sebagai Dekan di Kulliyyah of Science, di Universiti Islam Antarabangsa, Kampus Kuantan, Pahang. Sebagai penyelidik, pensyarah dan penyelia pelajar-pelajar peringkat Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda, beliau juga merupakan penulis pelbagai buku dan makalah-makalah serta jurnal-jurnal ilmiah. Sungguh membanggakan, hasil kajian beliau yang dimuatkan dalam buku Sumber Makanan Persisiran Laut Sabah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993 sehingga kini menjadi rujukan utama para penyelidik dan individu yang terlibat dalam kajian kehidupan laut di Malaysia.

Prof. Dr. Ridzwan yang sering diundang membentangkan kertas-kertas penyelidikan ke persidangan-persidangan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa juga sering ke udara dalam program TV3 dan RTM seperti Rancangan Bincang Petang, beberapa dokumentari, serta akhbar utama tempatan dan majalah, selain sering dirujuk sebagai penasihat pembikinan dan penggambaran dokumentari tentang Gamat dan Timun Laut di Malaysia.

Di atas komitmen yang tidak berbelah bagi dan minat yang cukup mendalam dalam kehidupan laut dan penyelidikan marin, Prof. Dr. Ridzwan Hashim telah diberi kepercayaan untuk mengetuai sekumpulan penyelidik dengan bantuan geran IRPA (Kementerian Sains dan Teknologi-1997).

Hasil kajian beliau mengenai penghasilan Gamat di dalam sangkar khas telah menerima pengiktirafan dalam The Malaysian Book of Record, Edisi New Millenium 2000 sehingga diiktiraf sebagai penternak timun laut pertama di Malaysia.