|
Anda baru mula mengamalkan pemakanan
tambahan bagi menjaga kesihatan atau merawat penyakit yang anda alami.
Walaubagaimanapun pada peringkat permulaan, anda merasakan letih atau
mengalami ruam seluruh badan. Anda pasti berfikiran, "Keadaan saya
semakin teruk..... Apa dah jadi?" Oleh itu ada baiknya jika anda
mengetahui dan memahami perkara dan perubahan yang mungkin berlaku apabila
anda memulakan pengambilan pemakanan kesihatan.
Menurut
'Hering's Law of Cure', semua proses penyembuhan bermula dari
dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan
sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Antara tanda
yang mungkin dialami pada peringkat permulaan termasuklah :
- Sakit
atau pening kepala
- Ruam
kulit
- Bisul
atau kudis
- Sembelit
- Cirit-birit
- Perut
berangin
- Letih
atau kepenatan
- Berdebar
- Cepat
marah
- Selsema
atau batuk (kahak yang banyak)
- Demam
- Ataupun
mengalami gejala penyakit yang sedia ada menjadi semakin ketara.
Sebenarnya
tanda-tanda tersebut adalah perubahan yang di alami oleh badan di dalam
proses penyembuhan yang di kenali sebagai krisis pemulihan ataupun kesan
tindakbalas. Ia lebih merupakan satu proses di mana segala kekotoran
dan toksid dari usus dan organ penting dikeluarkan dari badan. Sebenarnya,
bahan toksid yang terhasil dari tindakbalas kimia dan metabolisme badan
berkumpul di bahagian tisu konektif yang wujud di serata badan. Tisu konektif
merupakan seolah gam yang mengukuhkan sel-sel di dalam badan. Kebanyakan
manusia dilahirkan dengan bahagian atau organ yang lemah dan mempunyai
tahap pertahanan yang rendah. Di sinilah merupakan sasaran yang pertama
bagi bahan toksid tadi berkumpul. Ini juga menjelaskan mengapa sesetengah
orang mengalami simptom yang ketara di bahagian yang lemah tersebut (samada
di bahagian dada, usus, perut ataupun di bahagian otot dan sendi) yang
mengandungi kebanyakan dari toksid yang terkumpul. Dan kesan pemulihan
juga semakin ketara apabila bahan bahan toksid yang dibebaskan itu mengalir
secara rawak di dalam tubuh badan manusia.
Simptom
kesan pemulihan ini selalunya muncul sebaik selepas mengamalkan permakanan
kesihatan yang membantu mengeluarkan toksid daripada badan. Ia akan bertahan
selalunya selama 3 ke 4 hari. Walaubagaimanapun bagi badan yang mempunyai
tahap toksid yang serius, kesan pemulihan ini mungkin berlaku berulang-ulang
sehinggalah kesemua toksid dibersihkan dari badan. Proses ini amatlah
diperlukan oleh badan untuk mengelak dari penyakit degeneratif yang mungkin
akan di idapi di masa akan datang.
Apabila
berlakunya simptom-simptom dari kesan pemulihan, janganlah sesekali mengambil
ubat untuk meringankannya kerana ini bakal akan mengganggu proses pemulihan.
Ubat-ubatan hanya akan membuat badan kita merasakan lega sementara tetapi
ini juga akan membuatkan toksid tadi mendap kembali di bahagian tisu konektif.
Dan yang paling penting, janganlah memberhentikan pengambilan pemakanan
kesihatan tersebut. Untuk membantu anda mengatasi simptom-simptom kesan
pemulihan adalah dinasihatkan agar :
- Mendapat
rehat yang mencukupi. Badan kita berada dalam keadaan tertekan di kala
pembersihan toksid maka rehat yang mencukupi adalah amat penting untuk
membantu badan mengeluarkan toksid tersebut.
- Minum air
dengan banyak. Ini kerana air merupakan bendalir yang akan membawa toksid-toksid
keluar dari badan melalui perpeluhan, air kencing atau pun najis.
- Elakkan makanan
yang mempunyai protein dan lemak yang tinggi. Ini kerana ketika proses
pembersihan toksid, ianya memerlukan paras tenaga badan yang optima.
Protein dan lemak pula memerlukan tenaga yang lebih bagi menghadamkannya
dan secara tidak langsung akan mengganggu keperluan tenaga yang digunakan
untuk pengeluaran toksid.
- Makan makanan
yang segar, berzat dan mudah hadam. Ini membantu badan bagi keperluan
terhadap nutrisi untuk membantu memproses bahan toksid dan mengeluarkannya.
- Lebihkan
juga memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nutriens yang
amat di perlukan badan.
- Elakkan dari
memakan makanan yang mempunyai bahan kimia spt bahan pengawet, pewarna
dan perisa tiruan.
- Kekalkan
kebersihan kulit yang sempurna. Ini akan memudahkan toksid keluar dari
liang perpeluhan.
- Berus kulit
badan dengan berus badan yang lembut. Ini sebenarnya merangsang sistem
limfatik dan pengaliran darah di bahagian kulit.
- Mandi dengan
air suam. Ini menggalakkan pembukaan pori-pori kulit bagi mengeluarkan
toksid yang perlu di bebaskan.
Sebagai
kesimpulan, bolehlah kita rumuskan bahawa krisis pemulihan sebenarnya
merupakan suatu fenomena yang berfaedah kepada badan kerana ianya merupakan
petanda pembersihan badan dari toksid yang terkumpul. Jangan sesekali
menghentikan pemakanan tambahan yang di ambil atau mengambil ubat-ubatan
kimia bagi meringankan kesan tindakbalas ini. Badan yang bersih dari toksid
akan berfungsi dengan lebih optima dan seterusnya akan menjurus kepada
keadaan kesihatan yang kita impikan.
|