|
1.
Bolehkah saya menghentikan ubat hospital/klinik apabila saya menggunakan
produk gamat eMas?
Jangan menghentikan pengambilan ubat-ubatan terutamanya bagi penyakit-penyakit
serius seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, buah pinggang
dll. Produk gamat eMas boleh diambil bersekali dengan ubat tersebut.
Contohnya jika anda seorang pengidap penyakit darah tinggi, kerapkan
lawatan ulangan anda supaya tekanan darah anda akan diperiksa selalu.
Jika tekanan darah anda sudahpun menurun, maka biarkan doktor yang
merawat anda membuat keputusan samada untuk merendahkan dos ubat
atau menghentikan pengambilan ubat anda tersebut. Penyakit yang
ringan seperti resdung, sakit sendi, alahan, senggugut, migraine
dll, bergantung lah kepada keperluan, maka anda boleh mengentikan
pengambilan ubat tersebut.
2.
Bolehkah produk gamat eMas digunakan sekali dengan ubat-ubatan moden?
Boleh. Produk gamat eMas ialah produk semulajadi dan
selalunya tidak mendatangkan masalah jika diambil bersama dengan
ubatan moden. Jika masih ragu, boleh dijarakkan pengambilannya selama
setengah jam.
3.
Gamat ialah haiwan laut. Bolehkah ia menimbulkan kesan allergi atau
alahan?
Allergi atau alahan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa kita
mengetahuinya terlebih dahulu. Ini bukan sahaja berlaku kepada produk
gamat, malah kepada sebarang bahan yang dimakan. Tetapi gamat mempunyai
kesan antihistamina yang dapat melawan alahan. Oleh itu jika terdapat
kesan alahan setelah menggunakan produk gamat seperti ruam kulit,
seeloknya dos dikurangkan separuh tetapi diteruskan. Selepas beberapa
hari anda akan lihat kesan alahan tersebut akan beransur hilang
disebabkan kesan anti alahan oleh gamat sendiri.
4.
Gamat dikatakan boleh menurunkan tekanan darah. Bolehkah mereka
yang mempunyai tekanan darah rendah mengamalkannya?
Tekanan darah rendah adalah subjektif maksudnya bergantung kepada
individu. Bagi mereka yang mempunyai tekanan yang sangat rendah
seperti 70/40, maka tidak digalakkan menggunakan produk gamat. Tetapi
bagi wanita muda yang mempunyai tekanan darah 90/60, ini merupakan
tekanan yang normal bagi mereka. Sememangnya tiada masalah untuk
menggunakan produk gamat. Boleh juga dikesan dari simptom iaitu
mereka yang merasakan pening atau hendak pitam setelah menggunakan
produk gamat, dinasihatkan rendahkanlah dos. Jika masih berlaku,
berhenti seketika (2 atau 3 hari). Kemudian cuba teruskan pada dos
yang rendah. Jika masih berlaku, maka dinasihatkan untuk memeriksa
tekanan darah dengan doktor. Jika rendah, berhenti dari memakan
produk gamat. Tapi jika normal, ini mungkin kesan tindakbalas dan
anda boleh meneruskan pengambilan produk gamat pada dos yang rendah
sehingga anda berasa selesa. Barulah kemudiannya menggunakan pada
dos seperti biasa.
5.
Bolehkan wanita mengandung mengambil produk gamat eMas?
Dari perspektif perubatan, penggunaan sebarang ubat-ubatan adalah
tidak digalakkan ketika mengandung. Tetapi ubat yang diketahui selamat
seperti Paracetamol, Piriton dll (berdasarkan pengalaman penggunaan
ubat tersebut yang tidak mendatang kesan kepada proses pengandungan)
adalah dibenarkan. Produk gamat eMas merupakan produk semulajadi
dan berdasarkan mereka yang telah menggunakan produk tersebut ketika
mengandung, ianya tidak mendatangkan kesan yang memudaratkan kepada
kandungan. Walaubagaimanapun digalakkan penggunaan produk hanya
selepas 4 bulan mengandung. Ini untuk mengelakkan sebarang kontroversi
yang mungkin timbul jika berlaku sesuatu kepada janin maka dikhuatiri
produk gamat eMas akan di salahkan. Sebenarnya banyak perkara lain
yang mempengaruhi kesihatan janin seperti pemakanan si ibu (kopi,
nescafe, ubatan kimia dll), merokok, minuman keras, jangkitan, stress,
faktor genetik dan mutasi dll. Aspek ini perlulah diambil kira bagi
kes komplikasi pada janin ketika mengandung. Oleh itu gunakan produk
gamat eMas pada penghujung tempoh mengandung (7 atau 8 bulan) ataupun
paling selamat selepas bersalin.
6.
Adakah produk gamat eMas memberi sebarang kesan sampingan?
Produk gamat eMas adalah produk semulajadi yang mempunyai
piawaian kualiti dan keselamatan oleh SIRIM. Kesan sampingan yang
utama yang mungkin timbul ialah dari sudut kesan alahan dan kesan
vasodilatasi(menurunkan tekanan darah). Ini telah diterangkan pada
soalan terdahulu. Kadangkala mungkin juga berlaku kesan tindakbalas.
Ini tidak boleh disamakan dengan kesan sampingan kerana ia lebih
merupakan krisis pemulihan. Antara yang biasa didengar ialah letih,
sakit sendi, pening dll. Jika berlaku kesan tindakbalas tersebut,
jangan mudah panik. Kesan tindakbalas selalunya akan berhenti selepas
beberapa hari. Dinasihatkan meneruskan pengambilan (samada dikurangkan
dosnya seketika) dan lebihkan minum air kosong. InsyaAllah setelah
beberapa hari, kesan tersebut akan berkurangan. Janganlah terus
berhenti. Rujuk kepada tajuk 'Krisis Pemulihan'.
7.
Berapa lamakah selalunya kesan keberkesanan produk gamat eMas itu
boleh dijangka?
Kesan produk gamat eMas selalunya sebaik selepas atau
beberapa hari selepas menggunakannya. Walaubagaimanapun ini juga
berlainan dari individu ke individu. Contohnya seperti penyakit
hipertensi. Darah tinggi boleh disebabkan oleh pelbagai punca atau
etiologi. Jika sebabnya kerana salurdarah yang tersumbat, maka penggunaan
produk gamat eMas cukup mujarab. Jika disebabkan oleh keadaan yang
lain, ini bergantung keserasian individu tersebut. Secara am dinasihatkan
menggunakan produk sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum membuat sebarang
kesimpulan terhadap keberkesanan produk tersebut. Ini disebabkan,
kalau dilihat dari segi terjadinya sesuatu penyakit itu mengambil
masa kemungkinan puluhan tahun, maka untuk meredakannya juga mengambil
masa. Bersabarlah dan berikhtiarlah, jika diizinkan Tuhan, anda
tetap akan merasakan perubahannya.
8.
Apakah produk gamat eMas ini perlu diambil secara berterusan.?
Produk gamat eMas merupakan produk pemakanan kesihatan.
Ia diformulasikan untuk memainkan peranan mencegah dan merawat.
Perlu atau tidak perlu itu bergantung kepada tahap mana anda menilaikan
kesihatan anda. Jika anda seorang yang prihatin tentang kesihatan,
teruskan pengamalan produk gamat eMas ini agar kesihatan anda lebih
terjamin.
9.
Apakah perbezaan produk gamat eMas dan produk gamat yang membanjiri
pasaran buat masa ini?
Sebagai sebuah syarikat yang profesional, syarikat Gamat Emas Sdn
Bhd cuba menengahkan motto "keunggulan tanpa keraguan".
Oleh itu kami memastikan keberkesanan produk dengan menggunakan
bahan mentah (estrak gamat) dari sumber tulin spesis Sticophus hermanii
yang disahkan oleh Prof Ridzwan agar hasil produknya lebih menyerlah.
Usahasama bersama Universiti tempatan dan rundingnasihat oleh konsultan
GESB iaitu Prof Madya Dr Ridzwan Hashim bersama lebih dari 20 orang
penyelidik yang khusus dalam bidang gamat ini menentukan produk
ini sentiasa disokong oleh R & D secara berterusan. Penghasilan
produk akan ditingkatkan kualitinya dari semasa ke semasa berdasarkan
penyelidikan yang dijalankan. Sementara piawaian kualiti dan rumusan
formulasi dari SIRIM BHD pula menjaminkan suatu keyakinan terhadap
produk yang dihasilkan bagi menfaat pengguna sekelian. Bagi menghasilkan
produk yang bermutu, steril dan bersih, kami memastikan agar pengilangan
produk di jalankan di kilang yang bertaraf GMP. Dan akhir sekali
khusus bagi umat Islam, GESB mempunyai sijil halal yang di dapati
dari Jabatan Agama Islam.
10.
Bolehkah produk gamat eMas ini diambil secara berterusan?
Memandangkan produk gamat eMas ini merupakan produk semulajadi yang
berteraskan pemakanan kesihatan, maka anda digalakkan berbuat sedemikian.
11.
Apakah perbezaan antara
Pati Gamat Plus biasa dan bervitamin?
Rasanya berbeza
- Kelikatannya berbeza. PGPV disyorkan kepada mereka yang geli
tekak untuk
menelan jeli. Sesuai untuk kanak-kanak.
- Isipadunya berbeza.
- PGPV mengandungi fruktose (manis). Oleh itu untuk pesakit kencing
manis
adalah lebih disyorkan menggunakan PGP untuk mengelakkan was-was.
- PGPV mengandungi vitamin C (asid askorbik) yang sedikit asidik
(masam)
oleh itu kurang sesuai dimakan pada perut kosong untuk pesakit
gastritis.
- PGPV mengandungi beta carotene yang bertindak sebagai anti-oksidans
yang
kuat untuk mengelakkan :
- kanser
- penyakit kardiovaskular
- proses penuaan dan degenerasi.
12.
Apakah penerangan yang perlu diberi untuk mengesyorkan produk BIOSEED?
BIOSEED merupakan pemakanan yang seimbang yang sesuai dijadikan
amalan untuk menjaga kesihatan pada kadar 1 paket sehari sebelum
makan pagi.
- Ia tidak menyebabkan cirit birit seperti julap, cuma rasa lawas.
- Untuk menjaga kesihatan, perlulah menjaga kesihatan usus. Oleh
itu perlulah
mempunyai sistem penghadaman yang sihat dan bersih jika ingin
mengamalkan
pemakanan kesihatan yang lain.
- Harganya amat kompetitif dan adalah antara yang terendah di
pasaran.
- Kesihatan tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit.
- Pencegahan adalah lebih menjimatkan dan lebih selamat dari merawat.
- Untuk proses pencucian usus yang sempurna, perlulah digunakan
menurut dos
yang disyorkan selama sekurang-kurangnya 3 bulan.
- Boleh digunakan bersama-sama dengan ubat hospital. Boleh dijarakkan
selama
1 jam pada yang masih sangsi.
- Untuk tujuan menguruskan badan, perlulah diamalkan bersama senaman
yang
teratur dan penjagaan pemakanan yang tinggi dengan serat.
- Cara penggunaannya pula adalah seperti berikut :-
- Bancuh dengan air suku gelas (suhu bilik) dan minum segera
sebelum makan.
- Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
- Amalkan 1 paket 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 1
bulan.
13.
Apakah kesannya jika saya
memberhentikan penggunaan produk gamat eMas?
Produk Gamat eMas merupakan produk kesihatan semulajadi.
Ia tidak menyebabkan ketagihan. Oleh itu menghentikan pengambilan
produk tersebut tidak akan menimbulkan kesan yang mudarat. Walaubagaimanapun
bagi penyakit-penyakit tertentu, kadangkala tempoh mengamalkan produk
eMas untuk membantu merawat penyakit bergantung kepada keserasian
individu dan kesan memberhentikan penggunaan produk gamat eMas perlulah
diteliti mengikut kes-kes yang berasingan.
|